Tuesday, March 1, 2011

Santan Sawit

Santan…oh!santan…zaman skrg ni kalau takde santan, tak selera la nak makan. Masakan tradisional ke…moden ke…santan akan menjadikan makanan yang dimasak lebih sedap dan menyelerakan TETAPI…haa…ni yg x best ni, pati berlemak ni banyak mengundang pelbagai penyakit kepada kita. Jom kita cari alternatif lain.

Sebenarnya, ada dua alternatif kepada penggunaan santan ni, yg pertama susu dan keduanya santan daripada kelapa sawit yang dikenali dengan jenama Khalish, keluaran Premium Food Corporation Sdn Bhd. (PFC). Aku bukannya ditugaskan untuk promote santan sawit syarikat ni cuma benda baik pe salahnya kita share sama2 kan…




        Ciri-Ciri Santan Khalish  
  • rasa, bau dan rupa yg tiada beza dengan santan kelapa.  
  • mengandungi kandungan lemak tepu yg rendah (baik untuk kesihatan)
  •   kaya dengan vitamin A & E (baik untuk mata), melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan jantung juga baik untuk kulit.
  •   Tahan lama (tidak mudah basi)
  •   Mampu bertahan sehingga beberapa hari tanpa berubah bau, warna serta rasa
  •   Tidak tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi

So, bagi peniaga-peniaga makanan, penggunaan santan sawit ni lebih jimat dan menguntungkan kerana ia menjadikan hidangan lambat basi dan guna sikit je dalam masakan sebab ia lebih pekat berbanding santan kelapa.

Bagi yg interested nak try santan sawit ni boleh la cari kat pasaraya Giant dan Mydin, Tesco dan Jusco lak ‘coming soon’…..atau clik  http://www.khalissantan.com untuk maklumat lanjut. Jom kita pakat2 jaga kesihatan sekeluarga.

No comments:

Post a Comment