Saturday, March 19, 2011

Supermoon 19 Mac 2011

Supermoon adalah istilah dimana bulan terlalu hampir dengan bumi mencetus spekulasi tentang terjadinya gempa bumi dan tsunami baru2 ini di Jepun. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac. 


Menurut ramalan Richard Nolle (seorang ahli astrologi), pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.

Namun sejauh mana kebenaran tentang fakta tersebut ? Adakah peningkatan kekuatan graviti bulan mampu menggugat keseimbangan persekitaran bumi ?Adakah hari ni akan mencetuskan lebih byk gempa bumi dan tsunami? Wallahualam....Kita nantikan malam ni coz untuk makluman semua ..malam ni bulan akan berada pada kedudukan 221.567 batu dari Bumi, berbeza dengan jarak keadaan sebenar bulan itu sekitar 239.000 batu. Jadi kalau korang nak buat pencerapan dan melihat permukaan bulan dengan lebih jelas. Tunggu la malam ni. Mesti nampak clear !




No comments:

Post a Comment