Thursday, March 10, 2011

Madu oh Madu



As salam....haa...jgn ingat madu lain lak. Ni madu lebah la...hari ni nak cite skit pasal madu yg banyak khasiatnya kpd kesihatan manusia. Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).  Sebelum tu jom kita 'ambik tau' skit apa itu madu?

Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu dihasilkan daripada mektar yang diambil oleh lebah pekerja dari bahagian tertentu pokok yang mengeluarkan nektar misalnya bunga. Madu disimpan pada sel-sel di dalam haif sebagai makanan.

Terdapat pelbagai jenis madu dan perbezaan bergantung pada warna, rasa dan kepekatan madu tersebut. Faktor pertama, warna mektar dan kandungan debunga yang telah bercampur dengan mektar yang dipungut didapati warnanya ada yang merah dan ada yang gelap. Faktor kedua, tempoh penyimpanan madu, iaitu makin lama disimpan, semakin gelap warnanya disebabkan tindakan enzim semulajadi dalam madu tersebut.

Lebah mengumpul nektar iaitu manisan dan debunga daripada bunga, tetapi hanya nektar digunakan untuk membuat madu. Debunga melekat pada bulu-bulu kaki belakang lebah manakala nektar di dalam perut lebah dan diangkut balik ke sarang. Nektar sebenarnya adalah larutan manisan yang mana lebih kurang 50% larutan tersebut terdiri daripada gula selebihnya air. Di sarang, nektar akan dibiarkan tersejat untuk beberapa hari sehingga 83%. Proses penyejatan dipercepatkan oleh pergerakan udara yang terhasil oleh pergerakan sayap lebah. Setiap sel sarang dilitupi oleh lapisan lilin propolis. Gula glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam madu adalah terlalu pekat menyebabkan sukar bagi kulat dan mikro-organisma untuk hidup di dalam sarang lebah. Madu yang terhasil mempunyai rasa yang berbeza dan musim nektar itu diambil oleh lebah.


Madu lebah juga diakui mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam.  Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Ia mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5  dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi dan berkesanPenyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

Perut adalah lubuk segala penyakit. Tabiat Pemakanan yang tidak terkawal, boleh menyebabkan gangguan pada sistem tubuh dan organ penting badan kita. Bahan yang berlebihan sama ada zat pemakanan atau sisa buangan menjadi toksid yang membahayakan tubuh kita. Oleh itu, pengamalan minum madu dapat membantu mengeluarkan bahan toksid seperti Uric Asid yang berlebihan melalui dua saluran buang air (kecil & besar) serta liang roma (peluh). Kalau korang nak tau madu tulen ke tak, bila disimpan ditempat yg sejuk spt peti sejuk, ia tidak beku dan tidak dikerumuni semut. Lagi satu, ada gas2 berbentuk 'buble'. Selamat mengamalkan minum madu setiap hari...
 














No comments:

Post a Comment