Thursday, February 24, 2011

Rebung Madu

Assalamualaikum....wbt

Haa....dah 4 ari aku x post pe2 kat blog ni.Bz..bz...hahaha. Hari ni aku nak cite pasal rebung madu. Maklum la tanaman ni berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu dari cabang perniagaan. Jadi, sape2 yg berminat dengan perniagaan tani leh la rujuk dari topik ni. Aku ni tak la minat sgt dengan pertanian ni tp cik abg aku yg minat giler (huhu...ayat) tp kalau setakat nak kongsi dengan korang pe salahnya kan. Aku korek2 la skit..

Bagi sape2 yg tak tau, asalnya rebung adalah dari buluh. Tanaman ni banyak ditanam di utara Semenanjung Malaysia. Pokok buluh mempunyai mempunyai pelbagai kegunaan sejak zaman dulu lagi. Masyarakat dulu menggunakan batang buluh untuk membuat rumah, rakit, peralatan memasak dan senjata runcing. Pada masa sekarang, tumbuhan yang banyak terdapat di merata tempat di negara ini bukan saja boleh dijadikan bahan kraftangan tetapi batangnya turut digunakan untuk membuat lemang. Di sebalik segala kegunaan berkenaan, terdapat juga bahagian pokok tersebut boleh diambil untuk dijadikan makanan iaitu pucuk buluh muda yg masih lembut dikenali sebagai REBUNG tapi tak ramai yang sedar potensi perniagaan yang boleh mendatangkan pulangan lumayan dengan mengusahakan tanaman buluh bagi mengeluarkan rebung.


                                                                 Pokok Buluh

                                                                    Rebung

                                                                   Rebung Jeruk

Biasanya, rebung digunakan sebagai masakan warisan seperti gulai rebung disamping memeramnya untuk dijadikan jeruk (bukan cam jeruk buah tu ye, ni jeruk untuk masak gulai/kari). Kalau nak masak sayur rebung pun boleh tp jangan dijeruk la. Berbanding rebung madu, rasanya lebih manis dan berlemak. Nak tanam buluh ni lak, senang kerana tanam sekali saja dan selepas lapan bulan dah boleh kutip hasilnya. Lagi satu, ia juga boleh dijadikan tanaman hiasan yang menarik. Yang ini aku setuju, mmg cantik dan redup je tempat yg kita tanam tu tp kena rajin2 cantas la bagi kemas dan cantik.

                                                Contoh masakan rebung - Gambar hiasan

      Keistimewaan Pokok Buluh (Rebung Madu)
  • tidak miang dan memudahkan pengguna untuk mengambil dan menyiangnya.
  • kadar pembesaran dan pertumbuhan rebung agak pantas iaitu dalam masa 24 jam boleh tumbuh sehingga enam inci.
  • hanya perlu dibaja selain memastikan aliran air yang sempurna bagi menjaga tahap kelembapannya terutama pada musim kemarau.
  • berpotensi diusahakan di kawasan tanah terbiar, selingan tanaman getah, dusun buah-buahan atau keliling rumah sebagai lanskap kerana tanaman ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang mudah dan murah.
 Setakat ni je la yg aku boleh kongsi dengan korang. Bagi yang berminat nak tau kat mana boleh beli rebung madu dan resepi masakan rebung boleh la tinggalkan  comment dibawah ye...aku boleh tanya org2 tertentu..hehehe


                                                    


No comments:

Post a Comment