Wednesday, February 16, 2011

Penyakit oh Penyakit......

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Hari ni aku ingin berkongsi tentang satu penyakit yg boleh dikatakan menggerunkan tp hanya org2 yg 'terpilih' saja yg alami termasuk aku...hahaha..

Penyakit yg aku maksudkan adalah KAYAP...sebelum tu jom aku kongsi ngan korang pe sebenarnya penyakit ni.


Rawatan Virus Kayap (Hesper Zoster)
Apakah Virus Kayap (Shingles)?
Kayap (Shingles) adalah sejenis ruam tetapi penghidap akan merasa sakit disebabkan virus Varicella Zoster (Herpes Varicellae), di mana virus itu menyebabkan cacar air.

Virus Kayap disebabkan oleh orang yang mempunyai cacar air dan di aktifkan kembali oleh virus dormant.Virus Kayap selalu berlaku selepas yang pada mulanya daripada jangkitan cacar air mungkin bertahun. Virus Kayap adalah berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan cacar air. Walaubagaimanapun, berhubung secara terus dengan orang yang mempunyai virus kayap atau cacar air tidak boleh menyebabkan virus kayap.
Punca Virus kayap
Selepas cacar air itu terkena, ia akan bergerak daripada kulit melalui laluan saraf ke akar saraf di mana ia akan menjadi aktif. Virus cacar air kemudian akan "hibernasi". Selepas itu virus itu akan di aktifkan, ia akan bergerak daripada laluan saraf ke kulit. Ia dikenali sebagai faktor picu kepada pengaktifan virus tersebut.Virus Kayap umumnya mempengaruhi orang dewasa tetapi kadang-kadang boleh menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai cacar air pada masa tahun pertama di dalam hidup mereka dan orang yang mempunyai ketahanan imun yang rendah.

 Virus Kayap boleh menjadi punca kelemahan imun di sebabkan oleh HIV atau kemotherapi dan tekanan, sebagai contoh sakit yang terlalu lama tetapi orang yang mendapat virus kayap mempunyai sistem imun yang normal.

    pesakit kayap (gambar hiasan)

Haa...macam tu  la rupanya kayap tapi gambar tu bukan aku la, sekadar hiasan. Masa aku kena tu punya la sakit hanya Allah saja dan org2 yg pernah kena je yg tau azabnya...tu baru azab dunia belum lagi akhirat...Minggu pertama aku kena, badan terasa sakit yg amat sgt...panas dan pedih macam kena air panas atau api (ada gelembong air). Aku kena dari dada sampai la ke belakang badan. Nasib baik la sebelah kanan je sebab org kata kalau bersambung boleh mati...pergh!!kecut perut aku. Nasib baik la Allah masih syg kat aku. Aku pergi klinik, boleh tahan gak RM ubat2nya...tp x 'jalan'...dan aku kembali ke rawatan tradisional letak daun pokok duit2 + beras yg telah direndam semalaman + ibu kunyit.  Semua bahan-bahan tu ditumbuk halus dan disapu pada bahagian yg terkena kayap tu. 

Dan hasilnya seminggu selepas tu baru kering tapi belum baik sepenuhnya sebab masih rasa sakit dan berbisa. and finally, minggu ketiga baru la tak rasa sakit2 lagi. Oleh itu, ingatlah bahawasanya setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai. Insyaallah....amin

No comments:

Post a Comment