Monday, March 21, 2011

Result Supermoon

Inilah gmbr yg jurugambar dr luar negara dpt pd mlm 19 Mac 2011 yg lepas...




Besar giler bulan kan?terasa dekat sesangat dgn kita....subhanallah...tp pe2 kejadian tsunami atau gempa bumi takde la lak dgr lagi


















kredit gmbr kepada http://www.anorak.co.uk

Saturday, March 19, 2011

Supermoon 19 Mac 2011

Supermoon adalah istilah dimana bulan terlalu hampir dengan bumi mencetus spekulasi tentang terjadinya gempa bumi dan tsunami baru2 ini di Jepun. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac. 


Menurut ramalan Richard Nolle (seorang ahli astrologi), pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.

Namun sejauh mana kebenaran tentang fakta tersebut ? Adakah peningkatan kekuatan graviti bulan mampu menggugat keseimbangan persekitaran bumi ?Adakah hari ni akan mencetuskan lebih byk gempa bumi dan tsunami? Wallahualam....Kita nantikan malam ni coz untuk makluman semua ..malam ni bulan akan berada pada kedudukan 221.567 batu dari Bumi, berbeza dengan jarak keadaan sebenar bulan itu sekitar 239.000 batu. Jadi kalau korang nak buat pencerapan dan melihat permukaan bulan dengan lebih jelas. Tunggu la malam ni. Mesti nampak clear !




Friday, March 18, 2011

Tuesday, March 15, 2011

Gambar2 Tsunami Jepun

Jom kita share gmbr2 semasa tsunami di Jepun.

bayangkanlah kalau M'sia jadi mcm ni?Subhanallah.........

Ombak tinggi  yg sgt mengerikan....


tengok la ombaknya tu......!!!!

Air laut berpusar mcm puting beliung


Logi Nuklear meletup...amat membahayakan nyawa


Jalan2 abis retak dan mendap

rumah, bangunan, kilang2...habis terbakar

Kereta2 tersadai....rosak teruk

Gambar sebelum dan selepas

Sebelum dan selepas Tsunami


Subhanallah.....

Apa pendapat korang bila jadi bencana yg dasyat mcm ni?(sila tinggalkan komen anda dibawah) Aku rasa insaf sgt2. Kalau la jadi mcm ni kat Malaysia alamatnya 'berkubur' la Msia di peta dunia....Allahuakhbar!!!!


Friday, March 11, 2011

Tsunami Melanda Jepun



Berikut adalah video Tsunami yang melanda Jepun selepas gempa bumi 8.9 skala ritcher berlaku. Untuk makluman, sila jauhi mana-mana pesisiran pantai di Malaysia (Sabah, Terengganu) kerana kemungkinan tsunami boleh sampai ke Malaysia. Rekod angka kematian mencecah 200 mangsa. Ya Allah...selamatkanlah umatMu di sana....Amin

Thursday, March 10, 2011

Aku Ada Simptom H1N1?


kalau anda selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan....mgkn anda H1N1

Aku ada smua simptom2 tu, sampai hari ni...waaa....apakah?oh tidak...!!!nauzubillahiminzalik...harap2nya tak...dah sminggu aku selsema x baik2 lagi ni...huhu. Sudah la last week dah de org mati lagi sbb H1N1....H1N1 dtg lagi!!!! Doa2kan la aku cepat sembuh, nak tido pun susah coz idung tersumbat. Babi punya pasal manusia yg sakit..isk!isk!

Sebenarnya ada hikmah bila ditimpa sakit ni kerana dalam sakit itu terkandung pahala dan keampunan serta sekali gus mengingatkan kepada kita akan kekuasaan dan kebesaran Allah. Dan darjat yang tinggi Allah berikan kepada mereka yang tabah dan sabar dalam menghadapi musibah sakit ini, dengan syarat pesakit tidak melupakan kewajipan solat lima waktu. Betapa pun sakit itu tidak membolehkan kita untuk berdiri atau bersuci, namun kita tidak boleh meninggalkannya hanya atas sebab itu
 
So, satu je kita ingat:

Daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Sa’id r.a,  Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah gulanaan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya (dosa-doasnya)."
(Hadis Riwayat Bukhari)

Madu oh Madu



As salam....haa...jgn ingat madu lain lak. Ni madu lebah la...hari ni nak cite skit pasal madu yg banyak khasiatnya kpd kesihatan manusia. Keistimewaan madu lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud "Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR bagi manusia", (An-Nahl:69).  Sebelum tu jom kita 'ambik tau' skit apa itu madu?

Madu adalah campuran beberapa jenis gula dengan air dan mengandungi sedikit bahan-bahan seperti logam, asid dan enzim. Madu dihasilkan daripada mektar yang diambil oleh lebah pekerja dari bahagian tertentu pokok yang mengeluarkan nektar misalnya bunga. Madu disimpan pada sel-sel di dalam haif sebagai makanan.

Terdapat pelbagai jenis madu dan perbezaan bergantung pada warna, rasa dan kepekatan madu tersebut. Faktor pertama, warna mektar dan kandungan debunga yang telah bercampur dengan mektar yang dipungut didapati warnanya ada yang merah dan ada yang gelap. Faktor kedua, tempoh penyimpanan madu, iaitu makin lama disimpan, semakin gelap warnanya disebabkan tindakan enzim semulajadi dalam madu tersebut.

Lebah mengumpul nektar iaitu manisan dan debunga daripada bunga, tetapi hanya nektar digunakan untuk membuat madu. Debunga melekat pada bulu-bulu kaki belakang lebah manakala nektar di dalam perut lebah dan diangkut balik ke sarang. Nektar sebenarnya adalah larutan manisan yang mana lebih kurang 50% larutan tersebut terdiri daripada gula selebihnya air. Di sarang, nektar akan dibiarkan tersejat untuk beberapa hari sehingga 83%. Proses penyejatan dipercepatkan oleh pergerakan udara yang terhasil oleh pergerakan sayap lebah. Setiap sel sarang dilitupi oleh lapisan lilin propolis. Gula glukosa dan fruktosa yang terdapat dalam madu adalah terlalu pekat menyebabkan sukar bagi kulat dan mikro-organisma untuk hidup di dalam sarang lebah. Madu yang terhasil mempunyai rasa yang berbeza dan musim nektar itu diambil oleh lebah.


Madu lebah juga diakui mengandungi GLUKOSA dan FRUKTOSA yang mudah dihadam.  Apabila dicampur dengan air, ia meresap masuk ke dalam darah dalam masa 7 minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Ia mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B5  dan Vitamin C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potasium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi dan berkesanPenyakit Buasir, Penyakit Kulit dan Penyakit Puan.

Perut adalah lubuk segala penyakit. Tabiat Pemakanan yang tidak terkawal, boleh menyebabkan gangguan pada sistem tubuh dan organ penting badan kita. Bahan yang berlebihan sama ada zat pemakanan atau sisa buangan menjadi toksid yang membahayakan tubuh kita. Oleh itu, pengamalan minum madu dapat membantu mengeluarkan bahan toksid seperti Uric Asid yang berlebihan melalui dua saluran buang air (kecil & besar) serta liang roma (peluh). Kalau korang nak tau madu tulen ke tak, bila disimpan ditempat yg sejuk spt peti sejuk, ia tidak beku dan tidak dikerumuni semut. Lagi satu, ada gas2 berbentuk 'buble'. Selamat mengamalkan minum madu setiap hari...
 














Tuesday, March 1, 2011

Jom Buat Duit


Wow!!!...Mudahnya nak buat duit...just invite member2 join ChurpChurp dan dapat duit...tak caya?just clik kat bwh tu je...kalau tak tau leh tanya aku ye...

Hanya dengan satu click:

Hadiah Bernilai RM40,000

Don't you just love the thought of starting your day with the aroma of #MiloFuzeJamPack? Click on this link & you could be lucky ones to win Apple products! It's addictive!

Santan Sawit

Santan…oh!santan…zaman skrg ni kalau takde santan, tak selera la nak makan. Masakan tradisional ke…moden ke…santan akan menjadikan makanan yang dimasak lebih sedap dan menyelerakan TETAPI…haa…ni yg x best ni, pati berlemak ni banyak mengundang pelbagai penyakit kepada kita. Jom kita cari alternatif lain.

Sebenarnya, ada dua alternatif kepada penggunaan santan ni, yg pertama susu dan keduanya santan daripada kelapa sawit yang dikenali dengan jenama Khalish, keluaran Premium Food Corporation Sdn Bhd. (PFC). Aku bukannya ditugaskan untuk promote santan sawit syarikat ni cuma benda baik pe salahnya kita share sama2 kan…




        Ciri-Ciri Santan Khalish  
  • rasa, bau dan rupa yg tiada beza dengan santan kelapa.  
  • mengandungi kandungan lemak tepu yg rendah (baik untuk kesihatan)
  •   kaya dengan vitamin A & E (baik untuk mata), melambatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko serangan jantung juga baik untuk kulit.
  •   Tahan lama (tidak mudah basi)
  •   Mampu bertahan sehingga beberapa hari tanpa berubah bau, warna serta rasa
  •   Tidak tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi

So, bagi peniaga-peniaga makanan, penggunaan santan sawit ni lebih jimat dan menguntungkan kerana ia menjadikan hidangan lambat basi dan guna sikit je dalam masakan sebab ia lebih pekat berbanding santan kelapa.

Bagi yg interested nak try santan sawit ni boleh la cari kat pasaraya Giant dan Mydin, Tesco dan Jusco lak ‘coming soon’…..atau clik  http://www.khalissantan.com untuk maklumat lanjut. Jom kita pakat2 jaga kesihatan sekeluarga.