Thursday, February 24, 2011

Rebung Madu

Assalamualaikum....wbt

Haa....dah 4 ari aku x post pe2 kat blog ni.Bz..bz...hahaha. Hari ni aku nak cite pasal rebung madu. Maklum la tanaman ni berpotensi untuk diketengahkan sebagai salah satu dari cabang perniagaan. Jadi, sape2 yg berminat dengan perniagaan tani leh la rujuk dari topik ni. Aku ni tak la minat sgt dengan pertanian ni tp cik abg aku yg minat giler (huhu...ayat) tp kalau setakat nak kongsi dengan korang pe salahnya kan. Aku korek2 la skit..

Bagi sape2 yg tak tau, asalnya rebung adalah dari buluh. Tanaman ni banyak ditanam di utara Semenanjung Malaysia. Pokok buluh mempunyai mempunyai pelbagai kegunaan sejak zaman dulu lagi. Masyarakat dulu menggunakan batang buluh untuk membuat rumah, rakit, peralatan memasak dan senjata runcing. Pada masa sekarang, tumbuhan yang banyak terdapat di merata tempat di negara ini bukan saja boleh dijadikan bahan kraftangan tetapi batangnya turut digunakan untuk membuat lemang. Di sebalik segala kegunaan berkenaan, terdapat juga bahagian pokok tersebut boleh diambil untuk dijadikan makanan iaitu pucuk buluh muda yg masih lembut dikenali sebagai REBUNG tapi tak ramai yang sedar potensi perniagaan yang boleh mendatangkan pulangan lumayan dengan mengusahakan tanaman buluh bagi mengeluarkan rebung.


                                                                 Pokok Buluh

                                                                    Rebung

                                                                   Rebung Jeruk

Biasanya, rebung digunakan sebagai masakan warisan seperti gulai rebung disamping memeramnya untuk dijadikan jeruk (bukan cam jeruk buah tu ye, ni jeruk untuk masak gulai/kari). Kalau nak masak sayur rebung pun boleh tp jangan dijeruk la. Berbanding rebung madu, rasanya lebih manis dan berlemak. Nak tanam buluh ni lak, senang kerana tanam sekali saja dan selepas lapan bulan dah boleh kutip hasilnya. Lagi satu, ia juga boleh dijadikan tanaman hiasan yang menarik. Yang ini aku setuju, mmg cantik dan redup je tempat yg kita tanam tu tp kena rajin2 cantas la bagi kemas dan cantik.

                                                Contoh masakan rebung - Gambar hiasan

      Keistimewaan Pokok Buluh (Rebung Madu)
  • tidak miang dan memudahkan pengguna untuk mengambil dan menyiangnya.
  • kadar pembesaran dan pertumbuhan rebung agak pantas iaitu dalam masa 24 jam boleh tumbuh sehingga enam inci.
  • hanya perlu dibaja selain memastikan aliran air yang sempurna bagi menjaga tahap kelembapannya terutama pada musim kemarau.
  • berpotensi diusahakan di kawasan tanah terbiar, selingan tanaman getah, dusun buah-buahan atau keliling rumah sebagai lanskap kerana tanaman ini hanya memerlukan penyelenggaraan yang mudah dan murah.
 Setakat ni je la yg aku boleh kongsi dengan korang. Bagi yang berminat nak tau kat mana boleh beli rebung madu dan resepi masakan rebung boleh la tinggalkan  comment dibawah ye...aku boleh tanya org2 tertentu..hehehe


                                                    


Saturday, February 19, 2011

RM6 for Penang Assam Laksa & Drink


Sedapnya...lapar la pulak..Jom2 kita pegi makan kat MilkADeal..dah lama x mkn yg masam2 ni!!!hehehe...

Savour this sour and spicy tingly taste of Assam Laksa at #Sbread . Only RM6 with a beverage of choice. Get it at #MilkADeal . (http://www.churpchurp.com//share/spread)

Jangan Gunakan Perkataan Salam

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain:


Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam. Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”. Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata:
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!


Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.


Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.


Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.



* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam”  
   sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Sebarkan la kepada umat Islam yamg lain untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

kredit kepada Abdullah Spontan (Facebook)

Friday, February 18, 2011

Renungan Bersama Di Hari Jumaat



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografiterutamanya mereka yang suka mengambil gambar seneri, alam semula jadi, etc…


Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi
. Apa tah lagi mereka yang tak solat Subuh …

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha)
dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Lu fikir la sendiri …

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (
tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita … sendiri mau ingat…

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan/musafir juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens (pengacau) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu
Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. 

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.   Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya ... atau qigong nya…"   Sama samalah kita senantiasa menjaga kesempurnaan solat fardu kita … di samping mempertingkat & memperbanyakkan solat solat sunat kita bagi menampung ketidak sempurnaan solat fardu kita… Ingat, amalan pertama kita yang ditanya apabila kita dibangkit dari mati kelak ialah amalan SOLAT.

  Wallahu’Alam..

Kredit tulisan kepada En. Radzuan Bin Mohamad

Teka-Teki Imam Ghazali















Renung-renungkan lah....

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan
dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari
ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut
menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka
kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau
urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini
adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "


"sampaikanlah walau satu ayat"..

Thursday, February 17, 2011

Loghat

when someone is trying to speak nogori...
when somebody is speaking loghat utara...
when someone try to learn kecek ganung...
Petikan kata2 di atas aku ambil dr facebook seseorang (siapa mkn cili, dia....) hahaha...tq..tq..ko bagi akak idea untuk menulis lagi dan lagi...bahasa ni kan mencerminkan jati diri, so jangan diperlekehkan ye. Mentang2 la aku ni selalu digelakkan org bila cuba nak ckp loghat negeri sembilan, takpe...takpe...tapi nak buek camno laki den x ponah nak bersembang loghat nogori dengan den, terpakso la den cuba ckp gak walaupun bunyinya tak sodap...wakawaka...at least aku cuba gak ckp tak macam hubby aku tu, 5 thn tinggal kat utara, sebut ayaq (air) pun x betul lagi (jangan mare ye bang).
Kalau diperhatikan..org negeri kelantan la yg ada jati diri yg kuat, ckp 'org putih' pun bunyi kelate...hehehe..tapi aku tak berapa faham la loghat kelate ni. Org utara lak jatuh no. 2 sebab diaorang ni berpegang pada pepatah 'masuk kandang kambing mengembek, .......' haha...aku la tu tp last2 sekali ckp utara gak. Nak buat mcm mana lidah dah keras. Loghat negeri Pahang, kadang2 aku dengar cam negeri Perak. Sabah & Sarawak lak, lagi la aku surrender.
Kesimpulannya, tak kira la loghat negeri mana pun namun amat bagus kalau dipelajari dan dipraktikkan. Bagi aku semua loghat ada keistimewaan dan sedap bunyinya, terpulang kepada pendapat masing2 ok..

Wajah-Wajah Bilionair Malaysia




Inilah wajah-wajah bilionair Malaysia yg aku nak kongsi hari ni.



Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien yang telah kembali ke perniagaan gula tahun lalu mendahului senarai orang terkaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan bernilai RM50.04 bilion, demikian menurut kaji selidik majalah Malaysian Business keluaran semalam.

Tempat kedua pula diduduki oleh taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan (RM45.78 bilion) dan diikuti oleh Pengerusi Kumpulan Public Bank, Tan Sri Dr. Teh Hong Piow yang naik satu kedudukan kepada tempat ketiga dengan jumlah kekayaan dianggarkan RM12.77 bilion.
"Usahawan bumiputera dan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pula menduduki tempat ketujuh dengan nilai kekayaan sebanyak RM8.84 bilion," jelas kenyataan tersebut.
Tempat kelapan senarai berkenaan diduduki oleh isteri mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pengasas Kumpulan Genting, Puan Sri Lee Kim Hua dengan kekayaan yang dianggarkan bernilai RM7.43 bilion.
"Terdapat tiga pendatang baru dalam senarai itu dengan dua daripadanya merupakan kemasukan kali pertama.
Mereka ialah Pengarah Urusan Mah Sing Group Bhd., Tan Sri Leong Hoy Kum; Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Supermax Corporation Bhd., Datuk Seri Stanley Thai dan Timbalan Pengerusi Eksekutif Tan Chong Motors Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew," ujarnya. 

Bestnya kalau ada duit banyak ni kan? macam2 ada dalam kepala ni. Nak buat ini la..itu la...Bila la nak jadi bilionair ni....waaaaaaaaa...!!!!!korang lak camne?


Wednesday, February 16, 2011

Penyakit oh Penyakit......

Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Hari ni aku ingin berkongsi tentang satu penyakit yg boleh dikatakan menggerunkan tp hanya org2 yg 'terpilih' saja yg alami termasuk aku...hahaha..

Penyakit yg aku maksudkan adalah KAYAP...sebelum tu jom aku kongsi ngan korang pe sebenarnya penyakit ni.


Rawatan Virus Kayap (Hesper Zoster)
Apakah Virus Kayap (Shingles)?
Kayap (Shingles) adalah sejenis ruam tetapi penghidap akan merasa sakit disebabkan virus Varicella Zoster (Herpes Varicellae), di mana virus itu menyebabkan cacar air.

Virus Kayap disebabkan oleh orang yang mempunyai cacar air dan di aktifkan kembali oleh virus dormant.Virus Kayap selalu berlaku selepas yang pada mulanya daripada jangkitan cacar air mungkin bertahun. Virus Kayap adalah berbahaya dan mungkin boleh menyebabkan cacar air. Walaubagaimanapun, berhubung secara terus dengan orang yang mempunyai virus kayap atau cacar air tidak boleh menyebabkan virus kayap.
Punca Virus kayap
Selepas cacar air itu terkena, ia akan bergerak daripada kulit melalui laluan saraf ke akar saraf di mana ia akan menjadi aktif. Virus cacar air kemudian akan "hibernasi". Selepas itu virus itu akan di aktifkan, ia akan bergerak daripada laluan saraf ke kulit. Ia dikenali sebagai faktor picu kepada pengaktifan virus tersebut.Virus Kayap umumnya mempengaruhi orang dewasa tetapi kadang-kadang boleh menyebabkan kanak-kanak yang mempunyai cacar air pada masa tahun pertama di dalam hidup mereka dan orang yang mempunyai ketahanan imun yang rendah.

 Virus Kayap boleh menjadi punca kelemahan imun di sebabkan oleh HIV atau kemotherapi dan tekanan, sebagai contoh sakit yang terlalu lama tetapi orang yang mendapat virus kayap mempunyai sistem imun yang normal.

    pesakit kayap (gambar hiasan)

Haa...macam tu  la rupanya kayap tapi gambar tu bukan aku la, sekadar hiasan. Masa aku kena tu punya la sakit hanya Allah saja dan org2 yg pernah kena je yg tau azabnya...tu baru azab dunia belum lagi akhirat...Minggu pertama aku kena, badan terasa sakit yg amat sgt...panas dan pedih macam kena air panas atau api (ada gelembong air). Aku kena dari dada sampai la ke belakang badan. Nasib baik la sebelah kanan je sebab org kata kalau bersambung boleh mati...pergh!!kecut perut aku. Nasib baik la Allah masih syg kat aku. Aku pergi klinik, boleh tahan gak RM ubat2nya...tp x 'jalan'...dan aku kembali ke rawatan tradisional letak daun pokok duit2 + beras yg telah direndam semalaman + ibu kunyit.  Semua bahan-bahan tu ditumbuk halus dan disapu pada bahagian yg terkena kayap tu. 

Dan hasilnya seminggu selepas tu baru kering tapi belum baik sepenuhnya sebab masih rasa sakit dan berbisa. and finally, minggu ketiga baru la tak rasa sakit2 lagi. Oleh itu, ingatlah bahawasanya setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan  yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai. Insyaallah....amin

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Hari ni cutiiii.....!!Opps!Salam Maulidur rasul kepada semua umat islam. Jom kita hayati makna sebenar Maulidur rasul kepada kita.Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya. Insyaallah.....

Sama2 la kita menyambutnya bkn sambut Valantine Day ye...