Wednesday, December 19, 2012

MATI ITU PASTI...

Tetiba perasaan berdebar2...takut....menyesal...serba x kena dalam kepala aku ni..
aku rasa nak cari dan beli buku yg aku post kat bawah ni la..


http://www.hidayah.com.my/site/components/com_virtuemart/shop_image/product/Beginikah_Rasany_4c68f5201589f.jpg

ye la...bila dah semakin tua ni,mula la pikir...dah cukup ke amal ibadat aku...apa persediaan aku nak jumpa maha pencipta...huhu...takut2

Keterangan buku ni :
 
Adakah kita dapat membayangkan rasanya berada di alam kubur? Hanya tujuh malam sahaja? Masya Allah, sesungguhnya ini adalah kehidupan yang menakutkan dan mengerikan. Sebuah gambaran rumah masa hadapan yang amat sempit, gelap, dingin, lembab dan sunyi. Hanya bertemankan cacing, ulat, belatung, ular, kala jengking dan makluk merayap yang menjijikkan. Tetapi sedarlah, itulah hakikat kehidupan masa depan yang pasti kita akan lalui. Tidak peduli kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa, ahli korporat atau yang melarat, kita semua akan merasai gelapnya kehidupan di alam kubur.

Jika kita lupa akan gambaran ngeri alam kubur itu, nescaya hati kita akan sentiasa jauh daripada Allah. Sebaliknya jika kita selalu ingat bahawa di dunia ini kita tidak kekal, hatta dengan kemolekan, kecantikan dan kemasyhuran status kita, nescaya kita akan berlinangan air mata membayangkan betapa kerdilnya diri ini. Kita akan terus bergegas menyiapkan diri menghadapi alam kubur dengan penuh ketakziman dan kesolehan ibadah.

Buku ini mengingatkan kita, begaimankah nasib kehidupan yang akan pasti kita jalani setelah kita kimasukkan ke liang lahad oleh mereka yang sangat menghormati dan mencintai kita selama ini, hingga 7 malam akan datang. SubhanAllah…
Ya Allah, beginikah rasanya 7 malam pertama kehidupan sepi di alam kubur? 
Tolong la hambamu ini Ya Allah...

Meh kita tengok la tanda2 nak mati...

100 Hari Sebelum Kematian

 Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

amacam...seram tak?so, beringat la sebelum terlambat ye kengkawan...
sesungguhnya mati itu pasti....cuma bila, bagaimana dan di mana yg kita x pasti..wallahualam





No comments:

Post a Comment