Wednesday, October 3, 2012

Aku Diuji : Scoliosis

As salam….
Dah lama aku nak tulis pasal penyakit yg aku alami tp jari-jemari aku selalu kaku dan tak tau mcm mana nak mula. Scoliosis (actually bkn penyakit cuma sakit)…kalau aku bgtau pun x semua org tahu pasal sakit ni di mana tulang belakang akan bengkok sama ada ke kanan atau ke kiri dalam bentuk C ataupun S..dan aku punya adalah S. Aku sedar pun masa aku berumur 12 thn..tp aku tau pun pasal sakit ni. Sampai la lepas SPM aku dapat msk uitm, aku kena buat medical checkup, baru la aku tau. Kebanyakkan yg dpt penyakit ni adalah perempuan. Mulanya aku x kisah sgt cuma rasa malu dan rendah diri kerana bentuk badan yg nampak x normal cam gmbr kat bwh ni.


Kecewa
Aku kecewa sangat2…sapa yg x kecewa bila badan x normal (istilah lebih tepat tak cantik).. Mulanya aku susah nak terima dan asyik menangis dan menyalahkan Allah kenapa aku yg Dia pilih utk hadapi sakit ni tapi aku perlu redha dengan ‘anugerah’ yg telah Allah beri kepada aku..Alhamdulillah sekarang aku dah boleh terima keadaan aku yg berbeza ni.
Remaja

Lama kelamaan, semakin aku meningkat remaja, aku mula rasa x selesa dan rasa lenguh2 kat belakang badan. Kadang2 aku akan rasa sesak nafas kerana semakin hari tulang tu semakin membengkok.. Menurut seperti yg aku baca dlm internet pasal sakit ni, bila tulang belakang membengkok melebihi 50 darjah, akan menyebabkan tulang rusuk aku berubah bentuk dan menghimpit paru-paru aku dan akan menyebabkan aku sukar untuk bernafas..Dan kemungkinan juga akan menyebabkan masalah dengan jantung aku apabila aku semakin meniti usia tua..subhanallah..
Dewasa
Melewati dewasa, aku juga akan cepat letih dan tak boleh buat aktiviti lasak serta kerja2 berat (walaupun mendukung anak), tapi kehendak hidup memaksa aku buat smua tu. Aku juga tak boleh duduk dan berdiri terlalu lama (dilema masa aku exam, hanya Allah yg tau betapa seksanya aku menahan sakit). Sekarang pulak aku kena buat kerja2 rumah tanpa henti, hanya Allah yg tahu apabila saat aku melabuhkan diri atas katil untuk berehat selepas selesai kerja2 tu…subhanallah punya la sakit..(kalau la mentua aku tau yg aku bknnya tido dlm bilik tu tapi hanya baring meredakan sakit belakang aku). Nak tido pun jadi masalah pada aku, hanya boleh tido atas tilam yg tebal, tak boleh tido atas tempat yg rata seperti simen atau kayu walaupun beralaskan tilam nipis atau toto(bagi sape2 yg x faham akan kata aku mengada2 tp apa boleh buat). Tido mengiring pun tak boleh sebab aku akan sesak nafas, tido meniarap pulak belakang aku akan sakit kecuali kalau aku ‘tido mati’ dan bila sedar je aku amik masa nak alih posisi. Sesungguhnya aku susah nak dapat tido yg berkualiti walaupun aku hanya la seorang full time housewife. 
Treatment
Aku bukannnya buat tak tau je dengan sakit ni tapi bila aku dapat tau kos perubatan adalah RM20k ke atas…aku hanya mampu terdiam dan sesungguhnya aku tak mampu..
Kahwin
Aku pun tak sangka yg aku akan kahwin..ada jugak org yg ‘nak’ kat aku…thanks abg..mungkin dah tertulis yg aku akan berkahwin dan ada anak walaupun baru sorang…I luv u both…Walaupun kekadang abg tak faham dgn skt yg aku alami, tapi takpe…I still luv u so much..Saat aku mengandung adalah saat yg paling indah bg aku walaupun aku alami alahan namun tak menjejaskan kesihatan dan mengganggu pergerakan aku…sesungguhnya Allah menjaga aku kerana Dia tau aku ada sakit lain..alhamdulillah…semoga Allah akan memberkati aku, suami dan anakku dan memberi rezeki dan kebahagiaan kepada kami setiap hari. Aku juga sentiasa berdoa semoga Allah memberi kesihatan yg baik supaya aku dapat menjaga dua insan yg aku syg ni selagi mampu…insyaallah….

No comments:

Post a Comment