Monday, April 11, 2011

Perlukah Antibiotik?


As salam....agak lama aku tak menulis, balik kampung jap...rehatkan minda...release tension pun ada selain tgk parents yg x berapa sihat.

Bercakap pasal kesihatan ni, korang pernah tak kalau skt,pegi klinik and bila doc tak bagi antibiotik kita tertanya2 knp?takpun rasa set ubat x lengkap kalau takde antibiotik...termasuk la aku yg x brp pandai bab2 ubat ni. So, aku nak share skit cite pasal antibiotik ni, perlu ke tak..

Sebelum tu jom kita tgk pe dia antibiotik ni. Antibiotik adalah rawatan anti mikrob khusus utk jangkitan bakteria dan digunakan sejak thn 40-an. Ia sgt penting kerana tanpa antibiotik, keadaan individu yg mendapat jangkitan bakteria boleh menjadi teruk dan membawa kematian. Bakteria pula ialah mikro organisma satu sel yg sentiasa ada di sekeliling kita. Kebanyakkan tidak berbahaya dan ada yg berguna utk manusia. Antibiotik sgt berkesan membunuh bakteria kerana ia bertindak ke atas organisma hidup dengan menghentikan proses pembahagian dan pertumbuhan sel. 

Namun begitu, antibiotik hanya utk jangkitan bakteria dan ia tidak memberi kesan kepada masalah kesihatan akibat jangkitan virus. Virus hanya hidup dan membiak apabila ada dalam badan perumah seperti manusia dan haiwan. Ini sebabnya antibiotik tidak memberi kesan ke atas virus. Walaupun kedua2nya boleh menjangkiti dan menyebabkan masalah kesihatan, cara membiak dan merebak adalah tidak sama. Jangkitan virus tidak perlukan antibiotik kerana badan kita menghasilkan antibodi bagi menghapuskannya. Ubat yg diberikan bertujuan mengurangkan gejala akibat jangkitan berkenaan. Contoh penyakit akibat jangkitan virus adalah selesema, sakit tekak dan sesetengah jangkitan telinga.
 
Oleh itu, ibu bapa diingatkan supaya tidak terlalu cemas dan menggesa doc utk memberikan antibiotik yg tidak diperlukan oleh anak2. Jangkitan bakteria biasanya berlanjutan lima hingga tujuh hari. Jika gejala hilang dalam masa kurang dari tempoh itu, kemungkinan besar individu mengalami jangkitan virus, bukan bakteria. Ini sebabnya setiap kali kita mendapat jangkitan, mesti byk minum air dan berehat kerana jangkitan bakteria dan virus lebih kurang sama.

Maklumat penting:
  • Jgn menggesa diberikan antibiotik bila mengatakan ianya tidak perlu
  • Jgn ambil antibiotik utk jangkitan virus spt selesema dan sakit tekak
  • Jgn sesekali mkn antibiotik yg diberikan doc utk pesakit lain walaupun korang mengalami masalah kesihatan yg sama kerana ia mgkn boleh memperlahankan rawatan atau membenarkan bakteria membiak dalam badan
  • Jika diberikan antibiotik, habiskan semuanya mengikut arahan walaupun sudah sihat bagi memastikan semua bakteria berbahaya dihapuskan sepenuhnya
  • Jgn simpan lebihan antibiotik utk dijadikan bekalan kecemasan
  • Pastikan antibiotik diambil mengikut jadual yg diarahkan doc
  • Beritahu doc kalau korang hamil atau mengesyaki hamil, ada masalah jantung atau injap jantung , masalah buah pinggang atau hati, bakal atau baru menjalani pembedahan, memgambil ubat lain atau alah pada antibiotik lain.
kredit  info daripada Norlaila Hamima dari harian metro

No comments:

Post a Comment