Saturday, January 12, 2013

Teringin...

Apa yang aku teringin ni????
aku teringin nak makan laksa daa....laksa utara...tapi malas buat...arrgggghhhh!!!! 
tengok gambar kat bawah tu...nyum...nyum....meleleh air liur aku...sape la punya gambar ni aku amik kat google....


gambar dari google

alah bknnya susah nak cari pun...kat pasar malam kan de...tapi...tapi....tak ummphh la...huhu...kejap2 rasa nak makan ni...jap2 rasa nak makan itu....sementara en.suami ada lagi ok la...kalau dah 'takde' nanti (pegi training daa....) meleleh la air liur nanti....:-(

Apa kes aku asyik teringin nak makan macam2 ek????....biarlah rahsia
 

Thursday, January 3, 2013

WELCOME 2013

As salam...pembuka bicara untuk tahun baru 2013....welcome 2013...
gud bye 2012...

Semalam bermulanya hari persekolahan anak aku Najwa kat Sek Keb Kompleks KLIA...tp baru prasekolah....anak aku Pra Kasih..(nama kelas bkn main...hehehe). Permulaan yg begitu baik tak seperti tahun lepas anak aku buat cite hindustan yg cukup dasyat kat Tabika Kemas!!sabar je la....tahun ni mungkin dah biasa walaupun sekolah lain, aku siap pesan macam2 supaya tak jadi macam tahun lepas...hehehe..dan ternyata anak aku 'lulus' dgn jayanya...

Hari ni pulak najwa dah kena naik van sekolah...cuak gak aku...first time kan takut jadi apa2...alhamdulillah pergi dan balik dengan selamat walaupun dia tersalah bagitau nama van sekolahnya...nasib baik suami isteri...anak aku spatutnya naik van si isteri tp najwa bagitau van si suami...so si suami bawa gak anak aku then pas kat si isteri...huhu...kocut perut den!!

Permulaan tahun yang cukup baik apabila suami aku dapat keje baru yang lebih terjamin masa depannya walaupun aku dan najwa bakal 'ditinggalkan' dalam jangka masa yang agak panjang...mungkin 6 bulan...waaaaa!!!!...semoga Allah permudahkan segala2nya...insyaallah

Azam aku tahun ni semoga aku dapat jadi hamba Allah, anak, isteri dan ibu yang lebih baik dari tahun lepas...amin

"My Luv"

Thursday, December 27, 2012

♥ DOA SEORANG ISTERI ♥


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada batas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berilah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..


p/s Abg...ampunkan segala ketelanjuran kata dan perbuatan isterimu ini...




Wednesday, December 19, 2012

MATI ITU PASTI...

Tetiba perasaan berdebar2...takut....menyesal...serba x kena dalam kepala aku ni..
aku rasa nak cari dan beli buku yg aku post kat bawah ni la..


http://www.hidayah.com.my/site/components/com_virtuemart/shop_image/product/Beginikah_Rasany_4c68f5201589f.jpg

ye la...bila dah semakin tua ni,mula la pikir...dah cukup ke amal ibadat aku...apa persediaan aku nak jumpa maha pencipta...huhu...takut2

Keterangan buku ni :
 
Adakah kita dapat membayangkan rasanya berada di alam kubur? Hanya tujuh malam sahaja? Masya Allah, sesungguhnya ini adalah kehidupan yang menakutkan dan mengerikan. Sebuah gambaran rumah masa hadapan yang amat sempit, gelap, dingin, lembab dan sunyi. Hanya bertemankan cacing, ulat, belatung, ular, kala jengking dan makluk merayap yang menjijikkan. Tetapi sedarlah, itulah hakikat kehidupan masa depan yang pasti kita akan lalui. Tidak peduli kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa, ahli korporat atau yang melarat, kita semua akan merasai gelapnya kehidupan di alam kubur.

Jika kita lupa akan gambaran ngeri alam kubur itu, nescaya hati kita akan sentiasa jauh daripada Allah. Sebaliknya jika kita selalu ingat bahawa di dunia ini kita tidak kekal, hatta dengan kemolekan, kecantikan dan kemasyhuran status kita, nescaya kita akan berlinangan air mata membayangkan betapa kerdilnya diri ini. Kita akan terus bergegas menyiapkan diri menghadapi alam kubur dengan penuh ketakziman dan kesolehan ibadah.

Buku ini mengingatkan kita, begaimankah nasib kehidupan yang akan pasti kita jalani setelah kita kimasukkan ke liang lahad oleh mereka yang sangat menghormati dan mencintai kita selama ini, hingga 7 malam akan datang. SubhanAllah…
Ya Allah, beginikah rasanya 7 malam pertama kehidupan sepi di alam kubur? 
Tolong la hambamu ini Ya Allah...

Meh kita tengok la tanda2 nak mati...

100 Hari Sebelum Kematian

 Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
 
TANDA 40 HARI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
 

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

amacam...seram tak?so, beringat la sebelum terlambat ye kengkawan...
sesungguhnya mati itu pasti....cuma bila, bagaimana dan di mana yg kita x pasti..wallahualam





YASMIN JOHAN @ YASMIN J. HUNWICK


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Yasmin di atas pemergian anak tersayang pada 3 Jun 2012...walaupun aku baru tau 2 ari yg lepas tp rasanya belum terlambat utk aku sedekahkan al-fatihah kepada arwah...

Memang cukup aneh bgaimana seorang gadis boleh meruntun hati ramai rakyat Malaysia sejak pemergiannya hingga ke hari ini...dengan kisahnya yg cukup tragis dan hiba..malah membuatkan kita mengingati bahawa ajal itu tidak mengenal usia,masa dan ketika dan bagaimana pula dengan kita nanti akan dicabut nyawa...adakah kita seperti arwah seolah2 mengetahui ajal akan menjemput...aku sendiri membaca blog arwah yg mana sekarang disambung oleh ibu tersayang Pn Sazlina..

Bagi sesiapa yg ingin mengetahui lebih lanjut tentang arwah boleh la link;

1) http://www.misschronicz.blogspot.com/
2) http://initentangaku-initentangaku.blogspot.com/2012/09/lagenda-selepas-mahsuri.html
3) http://www.facebook.com/TerritoryYasminJHunwick?fref=ts

dan banyak lagi tentang arwah just google dan taip nama arwah....

semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman....amin

Wednesday, October 31, 2012

NASA Sahkan Matahari Akan Terbit dari Barat

Sains astronomi ada menyebut bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu terhenti ke arah laluan tersebut.

NASA kemudian mendapati planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh. Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.

Kebanyakan saintis Barat berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan terbit dari Barat!

Subhanallah! Kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.

Pihak NASA telahpun mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet melalui fenomena yang serupa.

Dapatan sains oleh NASA itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
  
Keratan akhbar yang menyatakan bahawa NASA telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini

TEORI QURAN VS TEORI BARAT

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.

 
Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

credit kepada http://amekaw.comsumber: ahmadzikron-zikron.blogspot.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bumi Bergelap Pada 23, 24, dan 25 Disember 2012?

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012..Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia  dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu.

Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. So, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.

Sama-samalah kita berdoa semoga tak berlaku apa-apa musibah pada 3 hari tersebut...
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam....