Tetiba perasaan berdebar2...takut....menyesal...serba x kena dalam kepala aku ni..
aku rasa nak cari dan beli buku yg aku post kat bawah ni la..
ye la...bila dah semakin tua ni,mula la pikir...dah cukup ke amal ibadat aku...apa persediaan aku nak jumpa maha pencipta...huhu...takut2
Keterangan buku ni :
Adakah kita dapat membayangkan rasanya berada di alam kubur? Hanya tujuh
malam sahaja? Masya Allah, sesungguhnya ini adalah kehidupan yang
menakutkan dan mengerikan. Sebuah gambaran rumah masa hadapan yang
amat sempit, gelap, dingin, lembab dan sunyi. Hanya bertemankan cacing,
ulat, belatung, ular, kala jengking dan makluk merayap yang menjijikkan.
Tetapi sedarlah, itulah hakikat kehidupan masa depan yang pasti kita
akan lalui. Tidak peduli kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa,
ahli korporat atau yang melarat, kita semua akan merasai gelapnya
kehidupan di alam kubur.
Jika kita lupa akan gambaran ngeri alam
kubur itu, nescaya hati kita akan sentiasa jauh daripada Allah.
Sebaliknya jika kita selalu ingat bahawa di dunia ini kita tidak kekal,
hatta dengan kemolekan, kecantikan dan kemasyhuran status kita, nescaya
kita akan berlinangan air mata membayangkan betapa kerdilnya diri ini.
Kita akan terus bergegas menyiapkan diri menghadapi alam kubur dengan
penuh ketakziman dan kesolehan ibadah.
Buku ini mengingatkan kita,
begaimankah nasib kehidupan yang akan pasti kita jalani setelah kita
kimasukkan ke liang lahad oleh mereka yang sangat menghormati dan
mencintai kita selama ini, hingga 7 malam akan datang. SubhanAllah…
Ya Allah, beginikah rasanya 7 malam pertama kehidupan sepi di alam kubur?
Tolong la hambamu ini Ya Allah...
Meh kita tengok la tanda2 nak mati...
100 Hari Sebelum Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan
hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau
tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang
baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya
lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin
ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah
kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak
diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa
sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini
maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk
mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau
ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut
akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas
kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan
terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang
tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah
nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan
bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar
di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang akan mematikan pula.
amacam...seram tak?so, beringat la sebelum terlambat ye kengkawan...
sesungguhnya mati itu pasti....cuma bila, bagaimana dan di mana yg kita x pasti..wallahualam